Tuesday, April 29, 2008

Ping Pong - Pre-Friendly




Alhamdulillah, setelah agak lama sesi bakar-membakar terjadi, tengah hari tadi satu sessi pre-friendly telah terjadi secara spontan di Dewan Tertutup TAB Cyberjaya...

Walaupun suasana permainan berlansung di tempat yang lansung tidak kondusif di tambah pula dengan peralatan yang lansung tidak menggambarkan dunia Ping Pong TAB yang semakin berkembang, perlawanan dapat dilangsungkan dengan seadanya...

Dari pengamatan saye, jurang perbezaan permainan antara Faber dan Cyber sudah semakin hampir dan jika diberi masa yang secukupnya tidak mustahil Cyber akan mampu menonggengkan geng-geng Faber yang saban hari semakin asyik meninggikan diri!

Semasa diminta memberikan pendapat, pemerhati bebas Tn. Hj. Abd Malek mengulas "Saya agak terkejut dengan kekuatan team Cyber! Buat masa ini saya rasa salah sorang pemain mereka, saya lupa namanya.. ala yang cakap ala-ala Jawa tu lah.. berada dalam ranking ke 2 di TAB ni selepas Paktam!"

Biar betul?

"Ya, dia bermain menggunakan otak dan bijak mengambil kesempatan. Tidak seperti pemain2 di Faber yang hanya tau smash membabi buta."

Ha.. ha.. ha....

posted by Occasional_Writer @ 5:08 PM  

1 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home