Saturday, April 19, 2008

Syukur 08 - Hadiah Alaf Baru

Salam

Tanggal 18 April 2008, Ofis faber selamat menyambut majlis kesyukuran sempena imbuhan tertinggi Bonus Tahunan syarikat. Majlis makan besar yang dimeriahkan oleh kehadiran semua staf faber serta tetamu matsaleh jemputan ini dipengerusikan oleh sdr Labu yang juga merangkap al ustaz membacakan doa panjang lebar sebelum nyam nyam.

Alhamdulillah juadah memang mabeles terdiri daripada nasi putih berlauk ayam, daging...Mee Wahid, Sate Kajang dan banyak lagi.... mmm ... masih terasa lagi kuah sate bijik kacang besar2 tuh!

Bermula jam 1230 tgh berlangsung sampai ke petang serta diikuti majlis tapau-menapau jam 430 ptg oleh Kakton. Terima kasih kepada yang memberi sumbangan. Juga tukang urus majlis, yang order, yang potong kek, tukang bungkus dan semua yang terlibat malantak arab pada hari tersebut. Saksikan beberapa gambar yang sempat diambil sekitar majlis...






Petang tu khabarnya semua pemain pingpong faber sempat berlatih sakan dengan perut kenyang... tapi tak tau pulak form ker tidak. Yang pastinya geng Faber dah semakin ganas berlatih. Jaga Hangpa geng Cyber!!

Biler pulak Cyberian nak buat majlis kesyukuran mereka yer...

Labels:

posted by Wakblues @ 10:24 PM  

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home