1st TAB FAMILY DAY
Teringat kembali the first TAB Family day buat dekat Avallion PD. Cuba perhatikan muka/saiz kita dan rakan2 seperjuangan yang lain. Kebanyakannya semua kurus2 belaka seperti Mat Shah muekekekekek geli hati ni bila mengimbau kembali tahun 1999 lebih kurang 10 tahun yang lalu.
Ingat tak, Landen paling beruntung, baru masuk TAB 2 hari terus pergi family day dan pastu menang pulak pertandingan Karaoke. Zimbo , Razlizam pun join sekali karaoke ni.
Ezatul masa ni tengah tunggu hari je untuk bersalin, tu yg agak sedikit debab. Samsur yg beratnya waktu tu masih dalam lingkungan 30kg sekarang ni dah dekat 150kg bersamaan dengan beras 8 guni. Pakya lak, happy semacam je duk usha anak/adik Pojie. Tak pernahlah teman nampak Pakya sehappy tu sekarang ni.
Mantip lak sekarang bertambah cerah daripada dahulu dek tempe yg selalu dimakan hehari. Masih ingat ke lagi skandal Dun dan Roni bercinta tepi pool ala2 hindustan. Pojie, dulu anak 4 orang sekarang tambah lagi 3 + 1 coming soon/on da way. Delinn,Marsha dan Rohila lak drp dulu sampai sekarang masih single, masih menunggu Mr Right yg tak kunjung tiba. Daripada 4 dara pingatan ni Marina la yg paling bertuah kerna disunting orang.
3/4 pengantin baru waktu ni antaranya Irwan, Kroll, Aznil dan Leha....tentu seronok dpt bulan madu di sini.
Apai, walaupun takde dalam gambar, ingat tak dia dengan kasut Lagendnya yg tinggi muncung tajam siap ada tempat kukur kelapa tu, dengan paku2 nya turun pantai.. memang rock kampung sungguh..
Masih ingat tak lagi......

5 Comments:
At May 7, 2008 at 4:29 PM ,
Anonymous said...
Sesiapa yg masih ingat lagi cerita cerita dahulu yg ingin dikongsi boleh lah bercerita di sini. Ingatan terhadap kisah lampau mampu membuat hati kecil ini merasa gembira
At May 9, 2008 at 7:58 AM ,
Anonymous said...
aku bukan aper laaa... asyik dok cerita yg lama2 kiter ni berangan jer laa. awal taun aritu kan CEO dah ishtihar nak wat Family Day sebelum pertengahan taun 2008 nih. Mana plan nyer, kurang2 pun misti dah rikki tempat ker dah start tanya braper org ahlil kuarga nak ikut. Tak pun ada la bunyi2 tak pun bau2 family day tu dalam perangcangan.... Ish!. Kalau gini jgn harapla nampak nya... dah masuk bulan 5 dah nih. pasni hr pun dah sibuk nak planning carik spital nak branak pulak, nak handle pening2 + muntah2 lagi.... saper la nak uruskan Family Day tu kalau ada skang nih... Tu kat whiteboard adalah tulis 'Family Day' blakang yati tuh... nampaknya sampai ujung taun la tulisan tuh. Medical pun tak usik pun lagi....dah nak luput dah pun. Pasni pakai duit sendiri lah yer....
Family Day sama Medical, 2- 2 pun kaput!
At May 9, 2008 at 10:15 AM ,
Anonymous said...
errr....yg depan sekali yg posing ala2 romeo dgn 4 anak dara tu sapa ekk? mcm tak brp kenal laa... ada lg ke dia kat sini?
ada sorang lg... awek yg belah kiri mantip tu sapa ekk?
hehehehee..
At May 9, 2008 at 10:36 AM ,
Anonymous said...
Menang tak dinafikan , utk TAB mengadakan family day selepas ini sgt kabur, cuma apa yg nak di tunjukkan disini adalah setelah 10 tahun berlalu, byk perubahan2 telah berlaku kepada diri kita sendiri terutamanya.
Ada muka yg masih biasa dan ada juga yg telah meninggalkan kita. Beginilah lumrah kehidupan.
Yang paling penting ialah ingatan terhadap sesuatu yg indah pd masa dulu dpt jugalah sedikit sebyk mentertawakan rakan2 kita contohnya Mat Shah yg sgt gembira pabila melihat semula gambar ini.
Kepada yg tidak suka itu, harap maaflah..
#sebelah Man tip tu ialah Azrina
At May 9, 2008 at 11:55 AM ,
Anonymous said...
apa kata kita sama-sama usahakan utk family day yg seterusnya.. tak perlu tunggu hr utk mulakan.. kita form committee, cari tempat, dptkan quotation segalalah.. kalau ok mintak hr buat paper.. kalau nak tunggu mungkin akan ada juga tapi mungkin lambatlah.. kena maklum hr ada byk benda nak buat.. asyik dok kejar nak family day karang gaji ngan claim sapa pulak nak buat?
pssttt akak hr.. aku backing ko ni takde apa2 ke utk aku? hehehehe...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home