Tuesday, May 13, 2008

berkayak...???

jom...
sapa nak ikut...
projek pertama blog ini...


(gambar sebenar)


tempat : sg kenaboi, jelebu N9
tarikh : bulan 7 (july) ( cadangan- sabtu minggu ketiga atau minggu ke empat)
masa : 1 hari shj.. pegi pagi balik petang..
peserta : lelaki dan wanita yg berjiwa adventure, berani dan tidak berhati tisu...


ex-tab sangat dialu-alu kan menjoin kan diri...


p/s: tolong jgn berpantun di dalam post ini .... hahahahaha...

posted by uuweekkkkss... @ 4:08 PM   21 Comments

Pantun Nasihat

Dicokang dari web site mana tah untuk bacaan semua

Adik ke kedai membeli halia
Emak memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasa


Rusa betina berbelang kaki
Mati terkena jerat sembat
Orang yang muda kita sanjungi
Orang yang tua kita hormat

Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat

Kalau kita menebang jati
Biar serpih tumbangnya jangan
Kalau kita mencari ganti
Biar lebih kurang jangan



Dayung perahu tuju haluan
Membawa rokok bersama rempah
Kalau ilmu tidak diamalkan
Ibarat pokok tidak berbuah

Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang

Padi muda jangan dilurut
Kalau dilurut pecah batang
Hati muda jangan diturut
Kalau diturut salah datang





Baik-baik mengirai padi
Takut mercik ke muka orang
Biar pandai menjaga diri
Takut nanti diejek orang

Pergi berburu sampai ke sempadan
Dapat Kancil badan berjalur
Biar carik baju di badan
Asalkan hati bersih dan jujur

posted by Anonymous @ 10:40 AM   2 Comments

Friday, May 9, 2008

Fitna

Assalamualaikum,

Teringat penulis dengan kontroversi filem 'Fitna'. Penulis masih ingat ketika kicoh dengan pencipta filem tersebut dicemuh seluruh dunia Islam bangun bersama-sama menentangnya.

Namun, disini bukan filem tersebut yang ingin penulis kupaskan akan tetapi penulis ingin membawa kepada pemikiran berkenaan kesan fitnah terhadap individu.

Cuma kita sebagai manusia kadang kala sering dituduh menggunakan nama samaran orang lain. Tanpa bukti seseorang individu yang dituduh berasa kurang senang kerana manusia setan tersebut masih berleluasa diluar sana.

Mungkin manusia tersebut adalah setaraf dengan pencipta filem Fitna itu. Manusia tersebut menyebabkan orang yang tidak bersalah dituduh.

Namun, kadang kala didalam hidup ini kita sering alpa dengan duniawi. Keadaan yang tidak terkawal ini boleh menyebabkan kita lena dari mengingati halal atau haram.

Namun kerana itu bermula dari Habil dan Qabil sentiasa berlaku permusuhan dan dendam mendendami antara insan.

Mari kita sedar dari lamunan yang panjang bahawa Fitna atau Fitnah satu natijah yang bahaya.

Sedarlah wahai sahabat.

posted by wakil blok 3 @ 4:34 PM   1 Comments

Mat Rempit watch out...


Salam,

Sejak kebelakangan ni Pihak Pentadbir Faber Tower sangat tegas terhadap kawasan parking basement. Berbagai notis telah ditampal di sudut2 tertentu sebagai amaran kepada permarking2.

Jadi pastikan anda parking di tempat yg betul, tak kira kereta atau motosikal.
Jika tidak,kenderaan anda akan dikunci..RM30 utk unlock moto dan RM50 utk kereta.

Beringatlah semua...(termasuk penulis)

Wasalam

posted by Anonymous @ 11:51 AM   3 Comments

Wednesday, May 7, 2008

1st TAB FAMILY DAY

Assalamu alaikum

Teringat kembali the first TAB Family day buat dekat Avallion PD. Cuba perhatikan muka/saiz kita dan rakan2 seperjuangan yang lain. Kebanyakannya semua kurus2 belaka seperti Mat Shah muekekekekek geli hati ni bila mengimbau kembali tahun 1999 lebih kurang 10 tahun yang lalu.

Ingat tak, Landen paling beruntung, baru masuk TAB 2 hari terus pergi family day dan pastu menang pulak pertandingan Karaoke. Zimbo , Razlizam pun join sekali karaoke ni.

Ezatul masa ni tengah tunggu hari je untuk bersalin, tu yg agak sedikit debab. Samsur yg beratnya waktu tu masih dalam lingkungan 30kg sekarang ni dah dekat 150kg bersamaan dengan beras 8 guni. Pakya lak, happy semacam je duk usha anak/adik Pojie. Tak pernahlah teman nampak Pakya sehappy tu sekarang ni.

Mantip lak sekarang bertambah cerah daripada dahulu dek tempe yg selalu dimakan hehari. Masih ingat ke lagi skandal Dun dan Roni bercinta tepi pool ala2 hindustan. Pojie, dulu anak 4 orang sekarang tambah lagi 3 + 1 coming soon/on da way. Delinn,Marsha dan Rohila lak drp dulu sampai sekarang masih single, masih menunggu Mr Right yg tak kunjung tiba. Daripada 4 dara pingatan ni Marina la yg paling bertuah kerna disunting orang.

3/4 pengantin baru waktu ni antaranya Irwan, Kroll, Aznil dan Leha....tentu seronok dpt bulan madu di sini.

Apai, walaupun takde dalam gambar, ingat tak dia dengan kasut Lagendnya yg tinggi muncung tajam siap ada tempat kukur kelapa tu, dengan paku2 nya turun pantai.. memang rock kampung sungguh..

Masih ingat tak lagi......

posted by Anonymous @ 12:08 PM   5 Comments

Monday, May 5, 2008

Ping Pong Shop



Salam,
Kepada sesiapa yg berminat, bolehlah pergi ke kedai pingpong Notos ni, memang specialize utk ping pong je.
Aku tak de share pun dlm Notos ;) ...saje je nak bg tahu... kedainye pun bagus, harga berpatutan dan boleh mintak diskaun.

Samsur, Kroll, Chillin, Pecal sebonar semuanya beli bat ping pong kat sini.
Bola 3* pun murah. ( Jangan beli bola takde bintang ;))


Kedainya dalam hotel olimpik dan parking kete pun dlm hotel olimpik. Cuma kalau tak silap kedai ni akan pindah ke Cheras tak lama lagi.

Wasalam

posted by Anonymous @ 11:25 AM   0 Comments

Friday, May 2, 2008

Korea Vs M'sia

Watch the tactic and technics between this two players.

Who do you think will win this match? Facing the camera player from Korea Vs Malaysia.

At last Malaysia beat Korea again. Rematch will be soon. Wait for the update the rematch games in the next episode.

Congratulation Malaysia... Malaysia Boleh!

posted by wakil blok 3 @ 3:23 PM   0 Comments